Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti rujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer.Perkakasan juga merujuk kepada peralatan fizikal yang terdapat pada sesebuah komputer dan peralatan lain yang berkaitan. Perkakasan dalaman (internal) merujuk kepada papan-induk(motherboard), hard disc dan RAM. External hardware pula merujuk kepada monitor, papan kekunci, tetikus, mesin pencetak (printer) dan mesin pengimbas (scanner). Internal hardware sesebuah komputer juga kadangkala dikenali sebagai komponen, manakala external hardware pula biasanya dipanggil juga sebagai peripheral. Bersama, kesemua perkakasan ini jatuh di bawah kategori perkakasan komputer.
No comments:
Post a Comment